1.
Tok Kelumpang al-Jarimi al-Fathani (Tok
Kelupang). Syeikh Wan Muhammad Ariffin
Syah al-Jarimi. Adalah orang sama
merujuk kepada Sultan Wan Muhammad Ariffin Syah iaitu seorang pendakwah yang
tiba di Langkasuka pada akhir abad ke-14.
2.
Di tanah Patani, Syeikh Wan Muhammad Ariffin
Syah diperkirakan sebagai adik beradik dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubro
(Sayyid Jamaluddin Hussein), Sayyid Thanauddin (Syeikh Saman) dan Syeikh Wan
Nik al-Fathani.
3.
Bagaimanapun, Syeikh Wan Muhammad Ariffin Syah
dan Syeikh Wan Nik al-Fathani tiba ke Patani terkemudian daripada Sayyid
Jamaluddin Hussein dan Sayyid Thanauddin. Syeikh Wan Nik al-Fathani pula hanya
sebentar sahaja di Patani kerana meneruskan misi dakwah ke Mindanao dan
seterusnya ke Brunei. Di Brunei, Syeikh Wan Nik diangkat pula sebagai Sultan
Brunei menggantikan pemerintahan asal yang tidak mempunyai pewaris lelaki.
4.
Di Patani pula, Syeikh Wan Muhammad Ariffin Syah
disekitar Jerim dan pernah dilantik sebagai ketua pemerintah di Chabang Empat
Patani. Gelar Sultan disebut kepada Syeikh Wan Muhammad Ariffin oleh rakyat
Patani kerana sesuai dengan peranannya sebagai pendakwah dan pemerintah. Hal
yang sama juga terhadap Sayyid Jamaluddin Hussein yang sebelumnya digelar
sebagai Sultan Pa’ Tani walaupun beliau bukan seorang sultan yang dilantik.
Tetapi Sayyid Hussein Jamaluddin adalah orang yang dianugerah satu kawasan untuk
diteroka sebagai penempatan oleh Raja Langkasuka. Lalu Sayyid Jamaluddin
Hussein menamakannya sebagai Jerim dan diangkat sebagai pemimpin di sana.
5.
Syeikh Wan Muhammad Ariffin Syah mempunyai
seorang anak, Syeikh Wan Abdul Jabbar Syah yang juga seorang raja dan pendakwah
besar di Patani. Syeikh Wan Abdul Jabbar Syah pula mempunyai seorang anak
bernama Syeikh Wan Abdul Mubin I. Menurut tulisan Ustaz Haji Wan Mohd Saghir,
Syeikh Wan Abdul Mubin inilah dikaitkan dengan nama Syeikh Gombak Abdul Mubin.
Kedua-dua nama ini adalah orang yang sama dan diriwayatkan bersahabat dengan
Syeikh Muhammad Said al-Barsisa dan Syeikh Syafiyuddin al-Abbasi yang
mengislamkan Raja Patani, di awal pengislaman rakyat Patani secara
besar-besaran.
6.
Salah seorang pendakwah besar Patani keturunan Syeikh
Wan Muhammad Ariffin Syah ialah Syeikh Wan Abdur Rahman bin Syeikh Abdul Mubin
III bin Syeikh Wan Muhammad Jailani. Syeikh Wan Abdur Rahman lebih dikenali
sebagai Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok atau Tok Perobok yang hidup pada abad
ke-17 masehi.
7.
Keturunan Syeikh Wan Muhammad Ariffin Syah yang
berdakwah ke Brunei pula ialah Haji Wan Sulaiman al-Fathani. Beliau adalah anak
kepada Wan Masuji binti Syeikh Abdul Mubin III bin Syeikh Wan Muhammad Jailani.
Salah seorang anak Haji Wan Sulaiman ialah Pehin Orang Kaya Di Gadong Awanag
Shahbuddin atau nama sebenarnya Wan Syihabuddin bi Haji Wan Sulaiman.
8.
Di Pahang pula, keturunan Syeikh Wan Muhammad
Ariffin Syah yang berdakwah di sana ialah Syeikh Syihabuddin Abu Ahmad Abdul
Mubin bin Syeikh Muhammad Tayyib bin Syeikh Abbas. Syeikh Syihabuddin Abu Ahmad
adalah guru agama kepada Sultan Pahang 1932 - 1974, Sultan Abu Bakar Muazzam
Shah bin Sultan Abdullah Mukhtasim Billah Shah.
9.
Keturunan Syeikh Wan Muhammad Ariffin Syah
selain ramai di Patani, terdapat juga di Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Brunei.
10.
Syeikh Wan Muhammad Ariffin Syah, selain
meninggalkan ramai murid, keturunannya juga sehingga sekarang masih ramai yang
giat menyebarkan dakwah di bumi nusantara ini.