1.
Ahli sejarah masih tercari-cari sejak bilakah
wujudnya nama Patani dan hubungannya dengan Langkasuka secara konkrit. Begitu juga
bagaimana pula nama Langkasuka beralih kepada Patani. Banyak kelompangan dalam
menyusun sejarah Patani kerana banyak sebab-sebab tertentu.
2.
Musuh tradisi Patani pula ialah Ayuthia dan
Siam. Patani jatuh ke tangan Siam pada 1785 ketika negeri-negeri bawahannya
seperti Kelantan dan Terengganu berada dibawah pengaruh Johor. Negeri-negeri lain
seperti Kedah dan Perak berada dibawah tekanan Siam dan Belanda. Bugis pula
mula campurtangan untuk menentukan siapkah Raja-Raja Melayu di negeri sebelah
barat semenanjung Tanah Melayu.
3.
Dengan kejatuhan itu, sebahagian negeri bawahan Patani
telah diletakkan dibawah pentadbiran Siam secara langsung. Bagaimana pun,
sebahagian lagi masih diperintah oleh Datu-Datu Patani dan berurusan langsung
dengan pentadbiran pusat di Patani.
4.
Campurtangan Siam dan kekacauan yang ditimbulkan
oleh pembesar Siam menyebabkan Raja dan rakyat Patani memberontak menentang
kezaliman terhadap orang Melayu Patani. Tengku Lamidin yang dijadikan raja
patung akhirnya terkorban dalam kebangkitan 1791.
5.
Pemberontakan Datok Pengkalan 1808 menyaksikan
hak-hak pemerintahan Raja Patani disekat. Pertama kali dalam sejarah Patani
apabila Nai Khuan Sai seorang berbangsa Cina dari Chenak dilantik menjadi Raja
Patani pada 1808. Setelah mati Nai Khuan Sai, adiknya Nai Phya pula diangkat
sebagi Raja Patani. Ramai Cina-Siam-Thai dibawa masuk membuatkan Patani menjadi
huru hara. Patani menjadi tidak aman dengan serangan orang Melayu terhadap
orang Siam.
6.
Siam-Thai terpaksa membuat perubahan pentadbiran
bagi memastikan perniagaan mereka di Patani tidak terganggu oleh tindakbalas
orang Melayu. Negeri-negeri kecil yang ditadbir oleh Datu-Datu Patani telah
dihapuskan dan dicantum menjadikannya kepada 7 negeri pada 1810.
7.
Seorang dari keturunan asal Raja Patani dilantik
menjadi raja bagi 6 negeri berkenaan. Tuan Sulong menjadi Raja Patani tinggal
di Gerisek. Tuan Nik pula Raja Nongcik tinggal di Kota Nongcik. Tuan Long
Mansur diangkat sebagai Raja Reman tinggal di Kota Bharu. Di Kampung Jalur
pula, Tuan Jalur menjadi Raja Jala. Raja Legeh dikekalkan Tuan Nik Dah di Kota
Legeh. Tuan Nik Dih di Jerenga pula adalah Raja Sai. Manakala Nai Phya,
Cina-Siam yang asalnya beraja di Patani menjadi Raja Jering.
No comments:
Post a Comment