Wednesday, 1 June 2016

Asal Usul Negeri Legeh



1.       Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, legeh atau legih ialah rabung yang memisahkan dua sistem saliran atau tanah tinggi yang memisahkan dua hulu sungai atau lebih. Pokok legih pula boleh dijadikan sejenis cenduai untuk kegunaan tradisonal tertentu. Misteri perkataan legeh tidak diketahui kecuali oleh mereka yang mula-mula mendiami kawasan berkenaan.


2.       Syeikh Ali al-Masyhur al-Laqihi adalah orang yang sama dengan Sayyid Ali Nurul Alam atau Syeikh Ali Alim. Banyak nama gelar yang diberikan kepada pendakwah dan juga pemimpin besar ini. Beliau dikatakan putera kepada Sayyid Hussein Jamaluddin al-Kubro dan Puteri Syahirah (Puteri Selindung Bulan bin Sultan Baqi Syah). Beliau mendalami ilmu agama dengan bapa saudaranya di Patani sehinggalah ke Timur Tengah. Tiada riwayat jelas tentang penganjian ilmu beliau.


3.       Sayyid Ali Nurul Alam kemudiannya membuka Legeh pada abad ke-15 masehi dan memulakan dakwah di sana. Terdapat dakwaan kawasan asal yang dibuka itu ialah sebuah penempatan di Jeli. Setelah Sayyid Ali diberi peranan sebagai Perdana Menteri kerajaan Chermin, dakwah di Legeh diteruskan pula oleh putera bongsunya, Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Laqihi.


4.       Sultan Umar, Raja Jembal 1676 – 1721, telah menyerahkan Kota Bukit Jarum, Pasir Mas di Legeh kepada Tuan Long Bahar setelah mengahwinkan dengan puteri baginda Raja Pah. Setelah Raja Long Bahar ditabalkan sebagai Raja Jembal pada 1721, tiada catatan atau rekod yang menunjukkan Raja Legeh selepas baginda. Ini berkemungkinan Legeh adalah dibawah pentadbiran terus oleh Raja Jembal.


5.       Legeh bagaimana pun telah ditadbir oleh anak saudara Raja Long Bahar, Tuan Long Deraman (Raja Abdul Rahman) bin Tuan Long Nik. Setelah Tuan Long Deraman mangkat semasa perang saudara 1735, Legeh ditadbir pula oleh Tuan Long Nik. Tuan Long Nik, Raja Legeh ialah putera Tuan Long Deraman dan Tuan Wan Kembang binti Raja Long Sulaiman.


6.       Legeh semasa pemerintahan Tuan Long Deraman bersempadan dengan Jembal di Kota Kubang Labu. Sebelah baratnya bersempadan dengan Reman, utaranya pula ialah Pujut dan Sai di timur laut. Grik di Perak sekarang adalah sebahagian negeri Legeh pada masa dahulu.


7.       Kedaulatan dan kekuatan Legeh berakhir di zaman Tuan Nik Dah (Nik Diah), Raja Legeh terakhir terpaksa berundur dalam perang besar meletus antara Patani dan Siam-Thai 1832. Tuan Nik Diah Raja Legeh, Tuan Nik Dih Raja Nongcik, Tuan Kundur Raja Jala dan Tuan Sulong Raja Patani bersama tentera negeri masing-masing telah berjuang berhabisan mempertahankan Patani. Raja-Raja dari empat negeri Patani itu telah bersatu dengan Tengku Kudin putera Raja Kedah dalam peperangan tersebut. Turut membantu ialah 5,000 tentera dari Terengganu dan 3,000 tentera dari Kelantan. Bagaimana pun, tentera Siam dari gabungan Chenak, Singgora, Ligor dan Bangkok jauh melebihi jumlah tentera Melayu. Syahidnya Tengku Kudin di Kedah menyebabkan pertahahanan tentera Kedah lumpuh.  Tuan Nik Dih Raja Nongcik juga turut mangkat dan akhirnya tentera Melayu terpaksa berundur untuk menyusun strategi dari luar Patani.


8.       Setelah berundurnya Tuan Nik Dah dari Legeh, Nai Phya telah melantik orang kepercayaan dan setia kepadanya, Nik Bongsu menjadi Raja Legeh. Nik Bongsu memindahkan pusat pentadbiran Legeh ke Tanjung Mas.


9.       Negeri Legeh yang dibuka oleh alim ulama yang mulia serta pernah mempunyai raja-raja yang tegas dan berani, akhirnya tumbang ke tangan kafir Siam akibat tiada penyatuan serta pengkhianatan terhadap saudara, bangsa dan agama sendiri. Nama Legeh semakin pudar setelah masyhur selama hampir 300 tahun sebagai salah satu pusat dakwah di Patani.


10.   Akhirnya setelah penguasaan Siam-Thai, nama Legeh sebagai sebuah negeri berdaulat di dalam Patani semakin mengecil, ditukar kepada Teluban dan Menara. Tinggallah Legeh menjadi sejarah yang semakin dilupakan ditelan masa.

13 comments:

  1. Negeri Legeh tumpas Kerana berlaku pengkhianatan sesama sendiri. Boleh tuan terangkan SiaPe yg dengki dan irihatii kerajaan negeri Legeh ni?

    ReplyDelete
  2. penjajah inggeris & raja thai (bukan Islam)

    ReplyDelete
  3. ada sedikit pembetulan..gerik adalah wilayah Reman bukan legeh..gerik direbut oleh kerajaan perak dari kerajaan reman..sampai skrg pun kerabat diraja dan tinggalan istana reman masih wujud dipangkalan hulu atau kroh utara perak

    ReplyDelete
  4. Salam, boleh kita berjumpa untuk mengetahui lebih lanjut tentang Negeri Legih dan pemimpin2 nya.

    Kami ada pusaka raja legih yang berada dalam jagaan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berminat utk mendalami salasilah dan legasi Raja legeh 3

      Delete
    2. Salam... Tuan org mana?... Moyang Saya Haji Uthman Cucu Nik Dah Legeh( Syahid)... Saya nak tahu je kisah keluarga Nik Dah... Ayah saya pesan jgn tuntut apa2 dr keluarga Haji Uthman di Patani/Kelantan... Ada sejarah saudara ayah mati dibunuh krn pusaka

      Delete
    3. btw,

      http://tikimambang.blogspot.com/2016/06/tok-botok-mufti-pahang-kerabat-diraja.html?m=1

      ni moyang saya...
      Ayah saya, Abdul Ghafar Bin Haji Kamaluddin Bin Haji Uthman Bin Haji Senik

      FB saya : Ibnu Abdul Ghafar

      Delete
  5. Saya ada dengar juga sejarah keturunan moyang saya berasal dari kesultanan legeh.. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  6. SALAM, SAYA INGIN BERTANYA LEBIH LANJUT,
    dulu arwah atuk ade ckp kami berketurunan long deraman. boleh saya bertemu dan berckp lebih lanjut berkenai ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sedara.. saya pun keturunan long deraman... moyang saya cucu Nik Dah

      Delete