1.
Sebelum ini kita menukilkan sejarah Asal
Usul Reman di: http://tikimambang.blogspot.my/2016/05/asal-usul-reman.html
untuk mengetahui sejak bilakah wujudnya negeri bernama Reman dan untuk
membezakannya dengan Pujut.
2.
Untuk cuba mengenali siapakah Tuan Tok Nik Tok
Leh atau Tuan Mansur, Raja Reman, kita akan cuba mengaitkan baginda dengan
beberapa individu yang mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Reman.
3.
Tuan Tok Nik Tok Leh diangkat sebagai Raja Reman
pada sekitar tahun 1790-an. Baginda mangkat pada tahun 1836. Terdapat dakwaan
bahawa Tuan Tok Nik Leh mempunyai pertalian dengan Datu Pujut.
4.
Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa Tuan Tok
Nik Tok Leh adalah Putera Datu Pujut.
Juga mengaitkan bahawa Tuan Long Ghaffar adalah putera Raja Reman. Untuk
menilai kebenaran dakwaan ini, kita akan lihat beberapa hubungan mereka dengan
Pujut.
5.
Di dalam Hikayat Patani ada menyetuh kejadian
selisih faham antara Datuk Pengkalan Pauh dan Raja Sai. Kejadian itu
menyaksikan campurtangan dan terbunuhnya Yang DiPertuan Alung Yunus Raja Patani
ditangan Datuk Pengkalan Pauh. Ketika kejadian tersebut Datu Pujut sudah
terlalu uzur dan tidak mampu bercakap. Kejadian ini berlaku sekitar tahun 1721.
6.
Datu Pujut itu ialah Tuan Long Nik atau Tuan
Long Senik. Tuan Long Nik mempunyai empat putera. Tuan Long Nuh, Tuan Long Man,
Tuan Long Deraman dan Tuan Long Ghaffar. Manakala, Puteri Neng Mas (Tengku
Tengah) binti Raja Long Bahar, merupakan anak saudara juga anak angkat Tuan Long
Nik.
7.
Gelaran Datu Pujut masih dapat dikesan
sehinggalah penglibatan Datu Pujut dalam pemberontakan Datuk Pengakalan Raja
Patani tahun 1808. Ini menunjukkan bahawa dalam tahun tersebut Pujut masih lagi
sebuah pentadbiran berasingan dengan Reman.
8.
Tuan Long Nik Datu Pujut, setelah dewasa dan
berkahwin pada tahun 1686 dan mangkat pada sekitar 1720-an. Gelaran Datu Pujut
masih wujud pada 1808. Manakala Tuan Long Ghaffar pula terlibat dengan peristiwa berdarah yang
melibatkan Puteri Neng Mas dan Raja Long Pandak pada 1758. Pada Tahun 1763
pula, Tuan Long Ghaffar telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan oleh
Sultan Long Yunus. Tuan Long Ghaffar mangkat pada 1794. Pada ketika itu, Reman masih
pentadbiran berasingan daripada Pujut. (Raja Long Nuh, Datu Pujut menggantukan Tuan Long
Nik selepas 1720. Baginda diangkat sebagai Raja Patani 1749 – 1771 dan terus memerintah
Patani dari Pujut). Dengan ini jelas
bahawa dakwaan Tuan Long Ghaffar adalah putera Raja Reman adalah sebuah
kekhilafan awal.
9.
Di dalam pengkajian disebut bahawa diantara 4
putera Tuan Long Nik, hanya Tuan Long Man yang usianya antara 100 - 120
tahun. Raja Long Nuh dan Tuan Long
Ghaffar, usia sekitar 80 hingga 90 tahun. Manakala Tuan Long Deraman ketika dibunuh 1763, berusia antara 30 hingga 40 tahun.
10.
Tuan Tok Nik Tok Leh Raja Reman pertama pula
mangkat pada 1836. Umur Tuan Long Nik Leh adalah dilihat sebaya dengan usia
cucu-cucu Tuan Long Nik Datu Pujut. Jika dilihat dari perbezaan umur yang cukup
ketara ini, untuk mengaitkan Tuan Tok Nik Leh sebagai putera Tuan Long Nik
adalah tidak munasabah pada fikiran manusia. Bahkan riwayat berkaitan anak cucu keturunan
Tuan Long Nik pula, mencatatkan bahawa hanya 4 putera itulah zuriat Tuan Long
Nik.
11.
Jika kaitan darah antara Tuan Tok Nik Tok Leh
dengan Datu Pujut dikatakan masih kuat, mentahkiqkan Tuan Tok Nik Tok Leh
sebagai cucu adalah suatu yang munasabah. Hanya dua putera dari Tuan Long Nik yang boleh
dikaitkan dengan salasilah Raja Reman ini. Mereka ialah Raja Long Nuh Datu Pujut dan Raja
Patani dan Tuan Long Man Raja Jala kerana keturunan mereka masih samar-samar.
12.
Raja Long Nuh didakwa mempuyai putera benama
Raja Bakar dan cucunya Raja Muhammad. Masih ramai lagi yang mendakwa mempunyai hubungan
sebagai anak cucu keturunan beliau. Manakala Tuan Long Man pula hanya diketahui
mempunyai putera bernama Tuan Bangkok dan Tuan Senik. Putera-putera mereka yang lain tenggelam dalam
lipatan sejarah.
13.
Negeri-negeri Patani di sebelah selatan dan
barat seperi sempadan Kelantan dan Perak (Legeh) dan sempadan Kedah pula Jala, adalah dikuasai oleh keturunan Tuan Long Nik.
Hanya Reman sahaja tidak dapat dinyatakan secara fakta, tetapi mungkin boleh diterima secara
lisan kaitan antara Pujut dan Reman.
14.
Terserahlah kepada keturunan Raja-Raja Reman untuk
mentahkiq nasab salasilah keturunan mereka. Semoga ada sedikit cahaya untuk
menjelaskan salasilah keturunan dari tanah Hadrami itu.
Assalam Tuan. Datu Pujut memerintah di kwasan mana ya
ReplyDelete