1.
Malam Lailatul Qadar ialah suatu malam yang
dijanjikan oleh Allah SWT ‘Lailatul Qadar (Arab:
لیلة القدر) adalah satu
malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Quran yang pertama
dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam Lailatul Qadar disebut di dalam
al-Quran dalam surah al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada 1,000 bulan.
2.
Telaga di Bendang Daya yang kita catatkan di
sini pula dinamakan Telaga Lailatul Qadar kerana ia mempunyai kisah tersendiri.
Di dalam cerita lisan, terdapat dua orang ulama besar Patani yang direzekikan
oleh Allah SWT dengan berjumpa dengan malam dan peristiwa Lailatul Qadar di tempat
yang sama tetapi dimasa yang berlainan. Tempat yang dimaksudkan itu ialah di
perigi Bendang Daya yang dinamakan Telaga Lailatul Qadar tersebut.
3.
Lebih menariknya pula ialah kedua-dua ulama
tersebut digelarkan dengan gelaran yang hampir sama dan keduanya pula adalah
mempunyai pertalian darah bapa dan anak. Gelaran bagi bapa ialah Tok Bendang
Daya I dan anaknya pula Tok Bendang Daya II. Mereka adalah dari keturunan
putera bongsu Sayyid Nurul Alam bin Sayyid Hussein Jamaluddin (Syeikh Jamadil
Kubro)
4.
Nama lengkap Tok Bendang Daya I ialah Haji Syeikh
Wan Mustaffa bin Syeikh Wan Zainal Abidin (Faqih Wan Musa) bin Syeikh Wan
Muhammad Shalih bin Sayyid Ali Nurul Alam (Syeikh Wan Ali al-Masyhur
al-Laqihi). Beliau ialah Hulubalang
Sultan Patani yang diberi gelar Datuk Panglima Kaya atau panggilan ringkasnya,
Hulubalang Wan Pa. Tok Bendang Daya I membuka pondok pengajian Islam di Kampung
Sena dan generasi pondok lebih mengenali beliau sebagai Tok Bendang Daya.
5.
Diceritakan pada suatu malam pada bulan Ramadhan,
Tok Bendang Daya I sedang mengambil wuduk. Beliau mendapati pohon-pohon seperti
rebah mengadap perigi Bendang Daya dan airnya pula tiba-tiba membeku. Lalu pada
malam yang berkat itu, Tok Bendang Daya I telah berdoa agar dikurniakan kepada
4 orang anak serta keturunan mereka menjadi ulama yang tiada putus hingga ke Kiamat.
6.
Empat anak Tok Bendang Daya I yang dimaksudkan
ialah, Syeikh Wan Muhammad Zainal Abdin (Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani /
Tok Guru Wan Din al-Fathani) bin Haji Syeikh Wan Mustaffa. Anaknya yang kedua
pula, Syeikh Wan Abdul Kadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II) bin Haji Syeikh Wan
Mustaffa. Syeikh Wan Abdul Latif al-Fathani bin Haji Syeikh Wan Mustaffa (mengajar
agama Islam di Bangkok). Syeikh Wan Daud al-Fathani (Tok Cik Wan Daud) bin Haji
Syeikh Wan Mustaffa yang mengajar di Mekah.
7.
Tok Bendang Daya II pula ialah Syeikh Wan Abdul
Kadir al-Fathani juga dilantik sebagai Panglima Sultan Patani. Setelah Tok Bendang Daya I meninggal dunia
pada 1863, Tok Bendang Daya II Syeikh Wan Abdul Kadir telah meneruskan
pengajaran agama Islam di Pondok Bendang Daya.
8.
Ketika Tok Bendang Daya II bertemu malam
Lailatul Qadar di perigi Bendang Daya, beliau mendoakan supaya dianugerahkan ulama yang tidak putus dalam 7 keturunan zuriatnya.
9.
Anak Tok Bendang Daya II, Syeikh Wan Ismail
al-Fathani (Pak De Eil Mekah) bin Syeikh Wan Abdul Qadir, mengajar di Mekah.
Manakala Syeikh Wan Ibrahim al-Fathani (Pak Cu Him Kedah) membuka Pondok Gajah
Mati di Kedah.
10.
Telaga Laitul Qodar di Bendang Daya masih lagi
kekal pada hari ini terus menyimpan kisah-kisah mereka yang pernah menggunakan
airnya, termasuklah kedua orang Tok Bendang Daya, Hulubalang, Panglima serta
ulama besar Patani tersebut.
11.
Antara tokoh ulama besar dari Patani yang
menjadi rujukan di Mekah dan Timur Tengah ialah cucu Tok Bendang Daya I. Beliau
ialah Syeikh Wan Ahmad al-Fathani bin Syeikh Muhammad Zainal Abidin bin Haji
Syeikh Wan Mustaffa. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani juga merupakan rujukan kepada
kerajaan Empayar Uthmaniyyah di Turki.
12.
Sehingga sekarang, masih ramai keturunan Tok
Bendang Daya yang menjadi ulama dan mengajar agama dengan ikhlas dan redha.
Foto ihsan Baba Aseh dan Baba
Baharin
للعلماء العاملين والأولياء الصالحين الفاتحة
ReplyDeleteAamin ...
Delete