Monday 6 June 2016

Misteri Salasilah Tok Pulau Manis

Foto Ihsan Ustaz Saiful Baharin


1.       Moyang (istilah Terengganu ‘tok nyang’) kepada Tok Pulau Manis dinyatakan sebagai Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau dikatakan berasal dari Baghdad di Iraq sekarang. Ada juga yang mendakwa beliau adalah seorang raja di Baghdad dan meninggalkan tahta kemudian ke Mekah sebelum menuju ke Nusantara. Ada pula yang berpendapat beliau adalah Syarif Mekah yang meninggalkan Kota Mekah ke Baghdad sebelum ke Nusantara.


2.       Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syarif Abdul Malik bin Syarif Abdullah (Tok Pauh) bin Syeikh Abdul Qahar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau dilahirkan pada 1650/1678 dan meninggal dunia 1736. Di Kelantan dan Terengganu, Tok Pulau Manis sangat dikenali dengan kitab Jawinya, Syarah Hikam karya Ibnu Athoillah as-Syakandari.


3.       Bagaimana pun, masyarakat masih belum jelas asal usul nenek moyang Tok Pulau Manis dan ketibaan mereka ke Terengganu. Menurut sebahagian pendapat, Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah orang sama dengan Syafif Muhammad Abul Nubaj (Al-Hassan Abu Numay) bin Abu Saad. Beliau ialah Syarif Mekah 1254 – 1301.


4.       Walaupun dakwaan tersebut ada yang menyatakan dari Baghdad atau Mekah, namun mereka bersependapat bahawa Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah dari keturunan Sayyidina Hassan bin Sayyidina Ali dan Sayyidah Fatimah az-Zahra, yakni ahlul bait berdarah Rasulullah SAW.


5.       Namun penceritaan dan dakwaan bagaimana Syarif Muhammad tiba di Nusantara dan berada di Terengganu itu sangat kabur. Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 pula hanya menyebut Raja Mandalika tanpa ada penerangan jelas tentang raja tersebut. Bagaimana pula dikaitkan Raja Mandalika dan Syarif Muhammad al-Baghdadi tidaklah pula dinyatakan dengan jelas.


6.       Ada juga pendapat baharu yang mendakwa Syarif Muhammad al-Baghdadi mempunyai kaitan dengan Malikul Salleh dan Meurah Silu di Aceh. Namun semua itu sekadar garapan yang belum mempunyai bukti yang kuat.


7.       Namun pengiraan bahawa Syarif Muhammad al-Baghdadi yang hidup sekitar tahun 1200 dan 1300 manakala cicitnya pula (Tok Pulau Manis) hidup era  tahun 1600-an, menunjukkan jarak garis masa yang panjang dan dalam tempoh lebih 300 tahun hanya terdapat 3 generasi sahaja. Ini adalah sesuatu yang aneh walaupun keturunan al-Hassani ada yang berumur panjang. Namun ianya tidaklah mustahil jika ada petunjuk menyokong dakwaan berkenaan.


8.       Kita menghormati semua pendapat tentang salasilah Tok Pulau Manis, kerana tiada fakta konkrit untuk membuktikan setiap dakwaan masing-masing. Sebagai pihak ketiga yang penyokong kajian berterusan salasilah berkenaan, kita juga suka untuk menyebut pendapat yang sangat berlainan dengan apa yang telah tertulis di atas.


9.       Terdapat satu salasilah Tok Pulau Manis yang mengaitkan Syarif Muhammad al-Baghdadi sebagai anak Syarif Nurullah. Menurut pandangan mereka, Syarif Nurullah ini pernah menjadi Raja Champa dan turut membantu bapanya, Sultan Wan Abdullah dalam memerangi penjajahan Annam (Vietnam) terhadap Champa. Syarif Nurullah kemudian bermudik ke Kuala Berang dan membuka kota dan berdakwah di sana.


10.   Sebuah salasilah yang mengaitkan Syarif Muhammad al-Baghdadi dengan pemerintah Cirebon juga tidak dapat ditolak dengan mudah. Ianya kerana dakwaan masing-masing tentu mempunyai asas yang mereka percayai. Akan tetapi untuk menentukan salasilah manakah yang paling benar, itu terpulamg kepada individu untuk menilaikannya.


11.   Syarif Muahammad al-Baghdadi menurut Salasilah tersebut merupakan orang yang sama dengan Syarif Muhammad Arifin, bekas penguasa Cirebon. Beliau ialah putera Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah, Wali Songo) yang meninggalkan keraton untuk menjalani  penghidupan biasa dengan berdakwah.  Beliau membuka pusat dakwah di Kuala Berang dan seterusnya melahirkan Syarif Abdul Qahar iaitu datuk kepada Tok Pulau Manis.


12.   Namun pendapat yang mengaitkan Syarif Muhammad al-Baghdadi dengan keturunan Sunan Gunung Jati disanggah oleh sebahagian keturunannya di tanah seberang. Mereka mengemukakan bukti tulisan pada helaian kulit kambing dan tertulis nama-nama dalam catatan salasilah.  Tatapi tiada pula pembuktian bahawa tulisan salasilah pada bulu kambing itu ditulis di zaman atau pada tahun bila. Sekiranya terdapat pembuktian terhadap salasilah tersebut maka jumlah kajian terhadap salasilah sebenar Tok Pulau Manis akan menjadi lebih berfokus.


13.   Sekiranya benar Tok Pulau Manis ada kaitan dengan Sunan Gunung Jati, maka sudah pastilah nasab beliau akan bertemu kepada Sayyidina Hussein bin Sayyidina Ali dan Sayyidah Fatimah az-Zahra, walaupun terdapat sesetengah pihak pula ingin mengaitkan leluhur Wali Songo dengan keturunan yang bersambung nasabnya kepada Sayyidina Hassan (al-Hasani).


14.   Sebagai seorang pencari, tentulah kita sendiri menyakini pada salah satu salasilah yang dinyatakan di atas. Selain bersahabat dan bersaudara dengan anak cucu Tok Pulau Manis, pengkajian kita juga menyokong tentang pandangan bahawa salasilah yang terakhir dinyatakan di atas adalah salasilah benar keluarga ulama besar bagi Patani, Kelantan dan Terengganu ini.

8 comments:

  1. Ya saya sedang mencari kepastian itu, sbb saya pun tercari2 dan tidak mahu claim suatu yg masih belum tahqiq.

    ReplyDelete
  2. saya juga mencari2 kebenaran salasilah keturunan tok pulau manis ada kaitan dengan arwah datuk saya .....










    ReplyDelete
    Replies
    1. Keturunan Saya pun begitu,semuanya berkait,Sultan Zainal Abidin,Harimau Berantai,Indonesia,dll

      Delete
  3. hanya yang hak akan memahami..
    #Wgj

    ReplyDelete
  4. Tentang cirebon. Saya pernah baca suatu masa dulu, abad ke 18, Long Yunus pernah datang ke Terengganu sebagai lawatan muhibah dan menetap di 'Cirebon' selama 6 bulan. Cirebon ni di katakan di Seberang Takir.

    Masa tu Long Yunus belum jadi Sultan Kelantan lagi.

    Seberang Takir digelar Cirebon Kota Mengkuang, sebab banyak pokok mengkuang.

    Di Pulau Jawa sana, ada juga nama kota bernama kota Cirebon. Cireon Kota Udang. Yang unik, kerajaan Cirebon Kota Udang ni antara yang betanggunjawab fight dengan Portugis, bersama dengan Fatahillah dari Kesultanan Banten.

    ReplyDelete
  5. Ramai yg mendakwa berasal dari keturunan tokku Pulau Manis,tp ilmu tidak seperti ilmu tokku Pulau manis

    ReplyDelete
  6. Semoga keturunan dari tokku Pulau Manis di beri keselamatan Serta di naungi Allah S.A.W dengan mukjizat sekalian Rasul Allah,sekalian nabi Allah Dan karamah2 wali Allah Qutub Serta wali wilayah yg dgnnya semua kerabat dari tokku Pulau Manis dengan akan izinnya semua menjadi panglima Allah di akhir zaman..menjaga Sultan Terengganu Serta anak cucunya membawa pada Kota ismu Allah,ismu bahar,senjata fakir,kipas nandong Dan Kota tauhid..inilah pakaian para sekalian Wali2 Allah untuk makrifat Pada Allah..di jadikan oleh Allah pada Bahtera nabi nuh A.S yg membawa 40 keluarga yg beriman pada nabi Allah nuh A.S..dari keturunan itu lah yg membawa keluarga Rasullullah Serta anak cucunya sampai ke negeri terengganu darul iman..berpaksikan cinta Dan kasih Sayang baginda Nabi Muhammad S.A.W pada kerabat Tokku Pulau Manis..yg ia kasih akan anak cucunya..dari darah daging Baginda ini lah yg akan Ada terbit mata air putih susu yg akan memimpin sekalian para Wali2 Allah Serta panglima Allah mengembalikan kegemilangan Islam zahir Dan batin..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbkth

    Sekadar cadangan bagi yg berminat mengkaji..

    Syarif Muhammad Al-Baghdadi berkemungkinan besar adalah Sultan Al-Muhammad Al-Mutawakkil III,
    Sultan terakhir Bani Abbassiah yang berpusat di Mesir setelah tumbangnya Bani Abassiah Baghdad di tangan Mongol.
    Dalam catatan sejarah Sultan Muhammmad telah menyerahkan kerajaannya kepada Sultan Selim dari Turki yg telah mendirikan kerajaan Usmaniyah.

    Dikatakan barang yg diserahkan adalah barang2 milik Rasulullah sebagai lambang kerajaan Islam.

    Sultan Muhammad dikatakan wafat pd tahun 1540an tetapi As-Sayuthi tidak merekodkan pengakhiran riwayat hidupnya.

    Untuk maklumat mengenai Sultan Muhammad Al-Mutawakkil III boleh lawati link di bawah :-

    https://www.mahadalyjakarta.com/al-mutawakkil-iii-pembela-ahlu-sunnah/

    https://id.m.wikipedia.org/wiki/Al-Mutawakkil_III

    Semoga kekeliruan kita terjawab.

    ReplyDelete