Saturday 11 June 2016

Tok Botok (Mufti Pahang – Kerabat DiRaja Legeh)

Gambar Yang Dikaitan Dengan Tok Botok


1.       Tok Botok juga disebut sebagai Tok Motok oleh masyarakat Pahang kepada Syeikh Utsman bin Senik. Panggilan tersebut mungkin satu gelaran mesra kerana dikatakan Tok Botok memiliki badan yang agak gempal.


2.       Dilahirkan di Kampung Pengkalan Berangan di Tumpat, Kelantan, sekitar tahun 1838. Menurut sumber, Tok Botok mempunyai dua lagi saudara di Kampung Pengkalan Berangan, Tumpat. Mereka ialah Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Haji Merah).


3.       Pendidikan awal nya adalah dari ayahnya sendiri, Osman bin Raja Ali. Kemudian Tok Botok melanjutkan pengajian di Pondok Bendang Daya berguru dengan Haji Syeikh Wan Mustaffa (Tok Bendang Daya I) bin Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani.  Tok Bendang Daya ialah Ulama Besar dan Hulubalang Sultan Patani.  Apabila Tok Bendang daya meninggal dunia tahun 1863, Tok Botok meneruskan pula pengajian dengan Syeikh Wan Abdul Kadir (Tok Bendang Daya II) bin Haji Syeikh Wan Mustaffa al-Fathani.


4.       Ilmu yang dipelajari oleh Tok Botok di Pondok Bendang Daya, Patani, antaranya ialah ilmu Arabiyah seumpama ilmu nahwu, sharaf dan lain-lain, asas tauhid, fikah dan tasawuf. Beliau juga mempelajari ilmu hikmat yang dibangsakan kepada Imam al-Buni seperti tersebut dalam Syamsul Ma'arif al-Kubra, Mujarrabat dan lain-lain.


5.       Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, guru thala'ah kitabnya di bawah bimbingan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Fathani jauh lebih muda daripadanya, Utsman mendalami nahwu dengan menggunakan kitab Tashil Nailil Amani kepada pengarangnya, iaitu ulama Patani tersebut.


6.       Selain itu, Tok Botok turut mempelajari Ilmu hikmat yang sangat berguna untuk menghadapi cabaran zamannya, kerana pada zaman itu orang ramai masih menghandalkan kekuatan fizikal berupa pencak silat untuk menghadapi pergaduhan. Permusuhan seringkali terjadi bukan sahaja terhadap sesama manusia tetapi juga dengan haiwan seumpama harimau, ular besar, buaya dan sebagainya. Seiring dengan mempelajari ilmu hikmat, Tok Botok juga mendalami ilmu perubatan tradisional. Beliau pandai membuat berbagai-bagai jenis makjun. Semua ilmu tersebut diperoleh daripada Tok Bendang Daya II al-Fathani tersebut.


7.       Di Kelantan, Tok Botok dilantik sebagai Pawang DiRaja Kelantan namun sekitar 1900-an, beliau telah berselisih faham dengan Sultan Muhammad IV bin Sultan Muhammad III (Sultan Kelantan 1900 – 1920). Peristiwa itu menyebabkan Tok Botok membawa keluarganya menuju ke Pahang dan membuka Kampung Ketapang di Pekan seterusnya membuka pondok pengajian agama di sana.


8.       Sultan Ahmad bin Bendahara Sri Maharaja Tun Ali (Sultan Pahang 1863 – 1914) telah melantik Tok Botok sebagai Mufti Pertama Pahang pada 1905. Tok Botok menjawat sebagai Mufti Pahang selama 20 tahun dalam tiga Sultan yang memerintah Pahang. Selepas Sultan Ahmad mangkat, Sultan Mahmud bin Sultan Ahmad (1914 – 1917) dan berakhir ketika pemerintahan Sultan Abdullah bin Sultan Ahmad (1917 – 1932). Tok Botok meninggal dunia pada 1925 setelah 20 tahun berkhidmat sebagai Mufti Pahang.


9.       Pondok Kampung Ketapang Tengah, Pekan,  yang diasaskan oleh Tok Botok diteruskan oleh dua orang anaknya. Pondok tersebut adalah pondok pengajian menurut sistem pondok cara Patani yang pertama sekali dalam Kerajaan Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1922 Masihi, pondok tersebut berubah sistem menjadi pengajian madrasah. Setelah berbentuk madrasah, bantuan pembiayaan diterima daripada seorang saudagar Arab bernama Habib Hasan al-Attas dan madrasah tersebut dinamakan Madrasatul `Arabiyah Islamiyah Al-Attas. Pada tahun 1966, pondok pengajian bekas peninggalan Mufti Haji Utsman itu dijadikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Guru Besarnya yang pertama ialah Ustaz Abdul Qadir Kamaluddin, cucu beliau.


10.   Berkaitan nama sebenar Tok Botok yang mempunyai banyak versi serta didakwa berketurunan Bugis itu, kita tidak biarkan dahulu kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Bagaimana pun, versi nama beliau sebagai Tok Botok bin Osman  bin Raja Ali dan Utsman bin Senik itu tiadalah payah untuk dijelaskan.


11.   Keluarga Tok Botok adalah dari pelarian perang Siam-Patani dalam tahun 1832. Di zaman itu keluarga raja, bangsawan serta ulama menyembunyikan identiti mereka daripada dikesan oleh Siam. Sejarah Patani menyebut Nik Dah sebagai Raja Legeh terakhir yang berundur ke Perak dalam perang 1832 tersebut. Nik Dah itu adalah gelaran rakyat Legeh kepada nama sebenar Raja Ali bin Tuan Long Nik, Raja Legeh.


12.   Putera Raja Ali, Raja Osman (Raja Seman) telah disembunyi oleh Panglima Raja Legeh di Kelantan. Raja Seman pula mempunyai beberapa orang putera termasuklah Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Haji Merah) yang dikatakan bersaudara dengan Tok Botok itu.


13.   Terdapat satu salasilah di Pahang ( akuanakpahang.blogspot.my/2011/07/gambar-dan-biodata-mat-kilau.html ), mencatatkan bahawa Tok Botok bin Osman bin Raja Ali Legeh. Ini menunjukkan bahawa Osman itu sebagai Raja Osman yang dibuang gelarnya dan mempunyai pertalian adik beradik dengan Mat Diah dan Merah. Tahun kelahiran Tok Botok yang dicatatkan sekitar 1838 juga mewajarkan serta menyokong fakta bahawa Tok Botok adalah cucu Raja Ali (Nik Dah), Raja Legeh yang berundur dari Patani pada 1832.


14.   Serta sangatlah wajar bahawa keturunan Raja-Raja dalam Patani mempunyai hubungan yang istimewa dengan Istana Kelantan. Begitu juga dengan sikap merendah diri serta menyembunyikan identiti adalah sesuatu yang lumrah bagi golongan ulama dan bangsawan dalam abad ke-19 dan ke-20. Hal itulah yang menyebabkan menjadi sukar untuk mentahkiq salasilah keturunan mereka.


15.   Dan akhirnya nama Tok Botok juga disebut sebagai Uthman Senik. Ini barangkali Tok Botok menisbahkan dirinya dengan nasab kepada bapanya seperti budaya pada panggilan orang Arab.  Uthman (Osman) itu Raja Seman, bapanya, manakala Senik itu pula ialah Senik itu adalah datuknya, Nik Dah (Raja Ali). Senik adalah gelar biasanya dinisbahkan kepada Nik di Kelantan.


16.   Keluarga dan keturunan Tok Botok yang hidup disekitar masyarakat Bugis di Pahang menyebabkan mereka terkeliru dengan menyangka mereka berdarah Bugis.


17.   Pahlawan Pahang menentang penjajahan Inggeris, Mat Kilau adalah anak murid Tok Botok yang mempelajari ilmu agama dan ilmu hikmah. Antara tokoh Pahang  lain yang menjadi murid Tok Botok ialah Tuan Guru Haji Daud, berasal dari Patani dan ayah kepada ibu Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua),Haji Mat Daud bin Zainal Abidin. Beliau pernah menjadi Qadi Besar Pahang. Lebai Yusof pernah menjadi Qadi Kuantan dan Haji Abu Bakar (Datuk Seri Penggawa) bin Haji Abdul Halim (Imam Perang Indera Mahkota).




9 comments:

  1. Saya adalah cicit kpd Haji Montok. Nama saya Haizam bin Saudi. Boleh saya contact admin? Email saya haizam_my@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Saya adalah cicit kpd Haji Montok. Nama saya Haizam bin Saudi. Boleh saya contact admin? Email saya haizam_my@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Sy juga salah seorang salasilah dari keluarga Hj Montok, Mohamad atau panggillan Mad Tegak adalah seorand ank Hj Montok dan sy adalah cucu kpd Wook bt Mohamad yg juga ank kpd Mad Tegak.... boleh tk sekiranya sy mengenali penulis utk mengenali dgn lebih lanjut tentang salasilah keturunan keluarga... hubungi sy nazaria_cou@yahoo.com tq

    ReplyDelete
  4. Salam, saya juga cicit Haji Uthman ( anak saudara Ustaz Qadir yg tertulis di atas). Tak pernah dengar lagi beliau keturunan Raja Ali Legeh. Ada bukti tak yang boleh dikongsi? Setahu saya cerita drp ayah dan bapa saudara saya (Ustaz Qadir), Kami keturanan Bugis (Ulama bugis Haji Salim Bin Haji Kamaludin)- Hafizuddin.ghafar88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Assalamualaikum. .Ayah saya juga cicit tok bontok.. Sekarang tinggal di Kampung berangan. Tumpat Kelantan...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan/puan.. Macamana nak hubungi admin?

    ReplyDelete